Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya  ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda,  emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya  kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan  orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku  pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Ingin saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati  yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi  tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya  senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda  sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau  selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut  connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari  ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong  abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita  Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda  takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan  step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain.  Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin  diri.
2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap  risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa  Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi  fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa,  kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan  latih diri Anda mengawal
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap  syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur  kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan  menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit  jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang  memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur  seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa  syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam  sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat  membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut,  sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati,  dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif  yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda  selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri  Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain  tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat  perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih,  kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua  ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa  bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan  Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita  yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari  “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara  automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa  sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
6. Ubah Fikiran
Kita  tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan  murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan  tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya,  cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak  berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai  positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia  memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala  yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda  mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh  tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk  jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata  yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan  keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi,  pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah  menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar  dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat  baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan  kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak  sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik  pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum  masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan  dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

 
No comments:
Post a Comment