Powered By Blogger

Saturday, 19 May 2012

10 Situasi On Call With Awek.



Assalamualaikum..


Ok, untuk hari ni, sebelum going to pasar, nak share something yang maybe menarik, actually aku ada post benda nie lama lama dulu, aku dapatkan from facebook kawan aku, tapi tu dulu, tak ada yang singgah baca..

Check it out :

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut dengan boyfriend atau girlfriend korang :

1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang handpone korang, sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Busy ke tak? Nak call nih" .....

2. Bila bergayut kadang-kadang tak kira tempat, banyak port yang korang conquer , ada yang kat koridor..ada yang depan pintu... atas katil... di meja study..macam macam, masa ni dah tak kesah dah pukul 2 - 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... kekasih punya hal, hantu hantu dah tak takut dah!..

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi. cakapcakap sampai terlena.. besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut sahut ".. Dah mengantuk tapi taknak bagitahu sebab tak nak kecewakan dia.



4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba tiba "tuuutt" call putus..mula mula try call balik tak dapat.. then check balance topup dah habis..yang sang kekasih pun takde kredit, haaaaa time ni la sibuk buat SOS topup la..credit advance la..pergi bilik kawan yang jual topup laaa...macam macam..siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan and share summore.

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba tiba roomate nak tidur dah..." Alamak, takkan nak gayut depan dia! nak gayut di luar takut kalau gayut depan dia, nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover, then gayut kat celah bantal, dah tak kisah dah rimas atau tak..

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat, makan apa, jumpa sapa, aktiviti menarik yang dibuat...then masuk part dua plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... then masuk part ke 3, .part pujuk memujuk pulak, last last baik balik.elelelele..sweetnya...banyak part sungguh laaa, macam drama cinta plak kan?

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomates dengar sekali, time ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang., nak menyibuk laa, nak mengusik laa, nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomates korang ketawa terbahak bahak dengar kekasih kita bagi jawapan..awek kau awek aku juga broo..

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar,  time ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon, haaaa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang. tak pasal pasal jadi orang tengah pulak.

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita  tak sebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada " Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh " tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana mana couple pun akan alami... 

" awak letaklah dulu." 

" tak nak... nak awak letak dulu." 

"Ala..semalam saya dah letak.. hari ni awak pulak letak!" 

"Ala...jom kita letak sama sama ok?  awak kira la sampai 3" 

" ok....1...2....3..." 

Hmmm...sampai ke sudah tak letak letak letak, sama ada nak jaga hati pasangan atau best dengar suara kekasih...


hehhehe..macam mana kawan kawan sekalian, ada yang terkena ke?..

Happy Reading, Have A Good Day.

Selamat berpuasa..jangan nakal nakal..

1 comment: