Saturday, 22 September 2012

Sebuah Senyuman...


BUKAN sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi kita sendiri menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Hati mana tidak tenang apabila sedang dalam kekusutan, masih lagi boleh tersenyum kepada rakan. Senyuman itu adalah ciptaan indah Allah SWT, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan Rasulullah SAW, manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
                                   
Ada beberapa hal menarik pada diri Baginda SAW yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumnya. Sepintas lalu, hal itu mungkin nampak kecil dan tidak bererti tetapi apabila dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah SAW memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah SAW dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan, juga lawan. Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar,

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”(Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata,

“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Rasulullah SAW walaupun dalam keadaan marah, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai. Perkara itu pernah direkodkan Imam Bukhari disebutkan bahawa Saiditina Aisyah berkata:

“Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Ketika Baginda melihat orang itu dari jauh, maka Baginda bersabda: Dia adalah seburuk-buruk saudara dan anak dalam kerabat. Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk, Baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu. Ketika orang itu sudah pergi, Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, ketika kau melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu. Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati. Kemudian Rasulullah bersabda: Wahai Aisyah, bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?”

Imam al-Khataby ketika mensyarahkan hadis itu berkata, “Hadis ini dilihat dari sudut adab dan ilmu”. Ucapan Rasulullah SAW mengenai diri Uyainah sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut Ghibah. Ghibah berlaku di antara sebahagian orang dari umat Islam terhadap sebahagian yang lain. Namun, perlakuan Baginda adalah menjelaskan dan mengungkapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang terhadap umatnya.

Kerana Baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik, maka Baginda memperlihatkan wajah berseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan orang tidak disukainya. Baginda bertindak sebegitu supaya umat Islam meniru perbuatan Baginda, supaya dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat daripada kejahatan dan tipu daya.Begitu indah akhlak Rasulullah SAW, walaupun seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman dan menyambut kedatangan Uyainah dengan ceria. Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai.Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit. Ketegasan Baginda juga dapat dilihat dalam hadis diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim mengenai wanita dari kabilah Makhzumiyah yang mencuri. Kaum Quraisy bingung dengan permasalahan itu kerana mereka tahu hukuman pencuri mengikut undang-undang Islam ialah dipotong tangan (mengikut syarat ditetapkan).

Mereka bertanyakan kepada sesiapa yang berani berjumpa Rasulullah SAW memohon melepaskan wanita itu. Usamah disarankan bertemu Rasulullah SAW kerana Rasulullah menyayangi Usamah. Maka Usamah pergi dan berbicara kepada Rasulullah SAW untuk minta pembelaan atas wanita itu. Kemudian Rasulullah SAW bersabda:“Jadi kamu ingin memohon syafaat (pembelaan) terhadap salah satu dari hukum Allah?”

Setelah mengucapkan ayat itu, Baginda berdiri dan berkhutbah:“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman dan ketegasan Rasulullah SAW sebagai panduan dan pada masa sama menilai hikmah di sebaliknya. Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Sementara bertegaslah dalam keadaan perlu supaya agama tidak diperkotak-katikkan.

*Senyum itu sedekah* kalau tak mampu nk bersedekah kat tabung masjid, senyum pun jadik ler. Hehehehe…J

‎[Tips Kuruskan Badan] Tentang air..

Nak kuruskan badan kan.. Ikuti tips ini OK:


1. Minum air sekurang-kurangnya 3.5 liter sehari.. Air dapat membantu tubuh anda memFLUSH toksin yang berkumpul dalam badan.

2. Bila anda bangun pagi, perkara pertama yang anda lakukan ialah capai botol air anda dan minum air tersebut. Pastikan botol air menjadi kawan baik anda di malam hari.

3. Minum air sebelum anda mula makan pagi, tengahari dan malam.

4. Air yang saya maksudkan ialah air kosong ya, bukan air sirap dan air bergas.. (terfikir nak tulis point ini takut ada yang jadikan Coke sebagai peneman waktu tidur nanti)

5. Malas nak minum air? Ohh.. Malas ya.. sebab air kosong tak ada rasa kan.. kann.. Jadi, sila makan buah-buahan.. dalam buah pun ada air juga.. (ada fibre lagi)

6. " saya nak minum teh atau kopi boleh?" -- boleh je, try teh cina tanpa gula atau kopi tanpa.. er.. err takkan kopi tanpa gula pula.. Kopi kurang gula.p/s: jom amalkan hidup yg sihat...badan yg sihat & otak yg cergas akan memudahkan kita rajin beribadah kpd ALLAH TA'ALA.....

*hidup biar molek♥ (selamat menguruskan badan):)

Thursday, 21 June 2012

LuMrAh HiDuP


Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg.. setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.. jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja.. kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorang..terimalah seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya.. dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.. sedangkan jika kamu memaafkannya.. boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu.. mengenyangkan..berkhasiat.. mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain.. terlalu ingin mengejar kelazatan.. kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.. menyayangimu..mengasihimu.. mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain.. terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain.. kamu juga akan menyesal..


"Bersyukur dan Redha dengan apa yang dikurniakan olehNya...Alhamdulillah.."



MOMENTS IN LIFE


There are moments in life when you miss someone
so much that you just want to pick them from
your dreams and hug them for real!

When the door of happiness closes, another opens;
But often times we look so long at the
Closed door that we don't see the one,
Which has been opened for us

Don't go for looks; they can deceive.
Don't go for wealth; even that fades away.
Go for someone who makes you smile,
Because it takes only a smile to
Make a dark day seem bright.
Find the one that makes your heart smile.

Dream what you want to dream;
Go where you want to go;
Be what you want to be,
Because you have only one life
And one chance to do all the things
You want to do.

May you have enough happiness to make you sweet
Enough trials to make you strong,
Enough sorrow to keep you human and
Enough hope to make you happy.

The happiest of people don't necessarily
Have the best of everything;
They just make the most of
Everything that comes along their way. 
  
The brightest future will always
Be based on a forgotten past;
You can't go forward in life until
You let go of your past failures and heartaches.

When you were born, you were crying
And everyone around you was smiling.
Live your life so at the end,
You’re the one who is smiling and everyone
Around you is crying.

Please send this message to those people
Who mean something to you (I JUST DID);
To those who have touched your life in one way or another;
To those who make you smile when you really need it;
To those who make you see the
Brighter side of things when you are really down;
To those whose friendship you appreciate;
To those who are so meaningful in your life.

Don't count the years - count the memories

*life is go on and I love my way..:)

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)


*hidup biar molek ye sahabat2.....^_^

Saturday, 19 May 2012

SeSeOrAng Yg MenCinTaimu


1 Seseorang yang mencintai kamu, tidak bisa memberikan alasan mengapa, kenapa, dia mencintaimu. dia hanya tahu, dimatanya, kamulah satu²nya

2. Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah, gila², stress. Tapi dia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu

3. Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya ia yang tahu…

4. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah² atau mengeluh jika kamu tidak membalas SMS atau mnjwab panggilanya, kerana dia peduli dan dia tidak ingin sesuatu terjadi dgnmu.

5. Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan airmatanya di hadapanmu. Ketika kamu cuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untuk kamu..

6. Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yg kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata² itu tepat pda waktunya..

7. Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah, karena ia tidak mau mengingkari janjinya. Ia ingin kamu untuk mempercayainya dan ia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman selama²nya..

8. Seseorang yang mencintai kamu, mungkin tidak bisa mengingat kejadian atau kesempatan istimewa, seperti perayaan hari ulang tahunmu, tapi dia tahu bahwa setiap detik yang dia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah hari ini..

9. Seseorang yang mencintai kamu, tidak mau berkata 'Aku mencintaimu' dengan mudah, kerana segala yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahawa dia sudah bersedia mencintaimu, tetapi hanya dia hanya akan mengatakan kata "I LOVE YOU" pada situasi yang istimewa, kerana dia tidak mau kamu salah faham, dia mau kamu mengetahui bahwa dia mencintai dirimu.. :))


   * untunglah kalau de yg cmnie......sweet gitu..:)

10 Situasi On Call With Awek.



Assalamualaikum..


Ok, untuk hari ni, sebelum going to pasar, nak share something yang maybe menarik, actually aku ada post benda nie lama lama dulu, aku dapatkan from facebook kawan aku, tapi tu dulu, tak ada yang singgah baca..

Check it out :

Situasi-situasi yang berlaku ketika bergayut dengan boyfriend atau girlfriend korang :

1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang handpone korang, sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Busy ke tak? Nak call nih" .....

2. Bila bergayut kadang-kadang tak kira tempat, banyak port yang korang conquer , ada yang kat koridor..ada yang depan pintu... atas katil... di meja study..macam macam, masa ni dah tak kesah dah pukul 2 - 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... kekasih punya hal, hantu hantu dah tak takut dah!..

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi. cakapcakap sampai terlena.. besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut sahut ".. Dah mengantuk tapi taknak bagitahu sebab tak nak kecewakan dia.



4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba tiba "tuuutt" call putus..mula mula try call balik tak dapat.. then check balance topup dah habis..yang sang kekasih pun takde kredit, haaaaa time ni la sibuk buat SOS topup la..credit advance la..pergi bilik kawan yang jual topup laaa...macam macam..siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan and share summore.

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba tiba roomate nak tidur dah..." Alamak, takkan nak gayut depan dia! nak gayut di luar takut kalau gayut depan dia, nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover, then gayut kat celah bantal, dah tak kisah dah rimas atau tak..

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat, makan apa, jumpa sapa, aktiviti menarik yang dibuat...then masuk part dua plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... then masuk part ke 3, .part pujuk memujuk pulak, last last baik balik.elelelele..sweetnya...banyak part sungguh laaa, macam drama cinta plak kan?

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomates dengar sekali, time ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang., nak menyibuk laa, nak mengusik laa, nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomates korang ketawa terbahak bahak dengar kekasih kita bagi jawapan..awek kau awek aku juga broo..

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar,  time ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon, haaaa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang. tak pasal pasal jadi orang tengah pulak.

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita  tak sebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada " Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh " tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana mana couple pun akan alami... 

" awak letaklah dulu." 

" tak nak... nak awak letak dulu." 

"Ala..semalam saya dah letak.. hari ni awak pulak letak!" 

"Ala...jom kita letak sama sama ok?  awak kira la sampai 3" 

" ok....1...2....3..." 

Hmmm...sampai ke sudah tak letak letak letak, sama ada nak jaga hati pasangan atau best dengar suara kekasih...


hehhehe..macam mana kawan kawan sekalian, ada yang terkena ke?..

Happy Reading, Have A Good Day.

Selamat berpuasa..jangan nakal nakal..