Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat di
mata kail..
hendaklah kamu mengambil
ikan itu..
jangan sesekali kamu
lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia
masih hidup...
begitulah juga setelah kamu
memberi banyak pengharapan kepada seseorg.. setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya.. jangan sesekali kamu meninggalkan begitu
saja.. kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..
jika kamu menadah air
biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap
pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia
begitu teguh..
cukuplah sekadar
keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba
membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
begitu juga jika kamu
memiliki seseorang..terimalah seadanya.. janganlah kamu terlalu mengaguminya.. dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya.. akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.. sedangkan jika kamu
memaafkannya.. boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..
jika kamu telah memiliki
sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk
diri kamu.. mengenyangkan..berkhasiat.. mengapa kamu berlengah cuba mencari
makanan yang lain.. terlalu ingin mengejar kelazatan.. kelak nasi itu akan basi
dan kamu tidak boleh memakannya.. kamu akan menyesal..
begitu juga jika kamu telah
bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan
kepada dirimu.. menyayangimu..mengasihimu.. mengapa kamu berlengah,cuba
membandingkannya dengan yang lain.. terlalu mengejar kesempurnaan.. kelak kamu
akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain.. kamu juga akan
menyesal..
"Bersyukur dan Redha
dengan apa yang dikurniakan olehNya...Alhamdulillah.."