Powered By Blogger

Sunday, 22 April 2012

10 CARA MEYAKINKAN IBU BAPA UNTUK KAHWIN MUDA


1. Anda perlulah memiliki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya dibuat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.

2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.

3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa jua situasi.

4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi kepada Allah S.W.T.

5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!

6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tanggungjawab masing-masing.

7. Tanggungjawab sebagai suami isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri.

8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.

9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkan dia kepada mereka.

10. Akhir sekali bincanglah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ini perlulah secara lemah-lembut dan perlahan. Mereka mudah terasa dan sensitif.

Friday, 23 December 2011

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Sebelumnya, maaf, penulisan ini, bukan mahu menjatuhkan sesiapa,
bukan pula mahu semata2 membela wanita..
bacalah dengan hati yang terbuka...
ia sekadar perkongsian dri saya, hasil pemerhatian dan pgalaman peribadi.

APABILA LELAKI TAK JAGA MATA..
memanglah..alasan paling tak sedap dengar yg lelaki bagi
"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,"
"normallah tu, huda, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... aish.. :D."
"klu tak suka, something wrong somewhere."
" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"
"free show sapa tak nak?"
"tengok je, bukan buat apa.."
"tengok je, tak luak la."
"tengok je, tak sentuh pun.."
"tengok je, tengok je, tengok je." 

astaghfirullahalazim.ayat yang memang la sgt mengerunkan saya,
seorg perempuan..

apa je yang ditengok tu? 
kalau AL QURAN tu, jgn kata baca, tengok dah dapat pahala,
aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,
usik dan lain2 yang tak snggup sebut disini,
TENGOK sahaja dah dapat DOSA.
ulang tulis DOSA!
TENGOK = DOSA!
percuma2, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.
senang je. seronok ke kumpul dosa mata?


mangucap panjang saya, dan tergeleng2 lah kepala mendengar dan menulis ayat2 nie.
beruntunglah telinga2 yg xpernah mndengarnya dan
amat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya dan
berbahgialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 sperti ini...

APABILA LELAKI TAK JAGA MATA, PUKUL RATA, TENGOK SEMUA BENDA.
siapa kata, perintah menundukkan pndgan hnya utk perempuan?
ayat AL QURAN

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31) 

 hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.” 

 Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”  
Berdasarkan hadith di atas, dapat kita fahami bahawa pandangan secara tidak sengaja ( yang pertama) berlaku tanpa niat daripada orang yang memandang. Maka dia tidak dikira berdosa selagi tidak berlaku secara sengaja dengan niat di hatinya, lantas pandangan kedua yang mengikuti pandangan pertama dikira berdosa kerana sengaja. Justeru, kita melihat bagaimana Rasulullah SAW menyuruh memalingkan pandangan apabila terpandang secara tidak sengaja dan tidak merenung lama kerana merenung lama sama seperti mengulangi pandangan.  Nabi Muhammad SAW juga bersabda: “Pandangan adalah panahan beracun daripada panahan iblis. Sesiapa yang menundukkan pandangannya daripada kecantikan wanita maka Allah mewariskan di hatinya kemanisan yang dimilikinya hingga hari bertemu denganNya.”

 see? bukan saya kata ni, ni perintah Al-quran ni....
perintahNYA utk dua2, LELAKI dan PEREMPUAN tak terkecuali.

LELAKI, lelaki2..
perempuan itu makhluk yg sgt menarikkan?
saya mmg nk tergelak bila lelaki puji perempuan yg cantik dgn komen 
" subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"
aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya? :)
jgn marah ya....

lelaki, lelaki,
perempuan itu ciptaan yg sangat cantik dan indah bukan?
jangan tipu saya dan jgn tipu diri dengn mnjawab TIDAK!
ya, sebab perempuan itu adalah perhiasan dunia yang sgt indah.
hiasan yg boleh mbawa pahala atau hiasan yg boleh menambah catatan dosa dan lgsung mngheret ke neraka!
maka, jagalah pendangan!
janganlah suka benar,
membuka profile perempuan2 yang mengupload gmbar awek2 cun yang putih melepak,
yg senyum manis, yang berlesung pipit, yg bmata kuyu, bundar, bulat, yang posing maut yang pakai baju cantik,
yg mnggayakan tudung dan mcm fesyen...dan apa lagi? 
TAK PERLULAH.
kenapa kamu nk bukak semua tu?
saja la, nk tengok.
Allah!
kamu lelaki, perlukah tengok semua tu?
cuci mata ya? cuci mata dgn pakej tmbah dosa?


pada kamu itu biasa, oh sekadar gmbar, tak mbawa mkna apa2, namun sebenarnya,
bila kamu buka tu, kamu suka tengok.
kamu senyum
kamu puji, cantik.
kamu like.
kamu komen.
kamu kirim salam.
dan kamu akan bukak balik!
dan jgn tipu, klu kamu kata kamu tak ada niat apa2.
jangan tipu, kata kamu tak rasa apa2.

tapi, kalau mahu terus menipu diri, silakan.
cuma kat SANA nanti, kamu dah tak boleh tipu lagi.
janganlah cemarkan amal kamu, solat kamu, zikir kamu, tasbih kamu, pahala jdi imam dan bilal  kamu,
semata2 kerana sepasang mata yang memandang kami yg hina dina ini,
melihat kami yg menjadi fitnah ini, T_T
memuji kami, perhiasan dunia yg fana ini...
janganlah.....

lihatlah sekadar yg perlu, dan bukan semahu2 kamu..
bila ada urusan, bila ada keperluan,
bukan bila ada je yg lalu, semua pun kamu tengok...
munkin dia xsedar dprhatikan kamu, tp Allah tahu, malaikat pun dah masuk 'buku'.

tunduklah ya. xpayah smpai langgar tiang. xpayah la jalan tutup mata.
cukuplah sekadar tak melihat ke sini sana. atas bawah.
tengok sekali pastu toleh lagi.tengok atas bawah pulak, pastu ikut pulak smpai hilang dri pndgan.
tak kisahlah, alam maya ke alam realiti.
jagalah mata.
dari saya , hambanya yang hina, bnyak khilaf dan dosa.
jgn marah ya....

(sekadar perkongsian)

Thursday, 4 August 2011

Tips Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Makan Hati, Sedih dan Kecewa..^_^

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Ingin saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal
3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..:-)

Assalamualaikum....lme dh x edit blog...mklum ler bizi ckit dgn berlambak keje yg nk kne disiapkan.....hope mne2 pembace blog ini akn sdikit sbanyak terhibur,,,hehehehe......hri ni hri keempat umt Islam di seluruh dunia berpuasa n Alhamdulillah dpt puasa akhirnya...Aamiin...cume puasa thun ni dh x mcm thun2 lpas coz berpuasa tnpa org  tersyg..ku sedekahkan al-fatihah kpd arwah ayah.....:-)

Friday, 8 July 2011

Wanita Yang Indah


Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.
Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.
Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.
Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.
Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.
Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.
Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".
Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasihKhadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.
Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.

Asalkan Engkau Terus Melangkah...Wahai Sahabatku..


Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan, dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku...

Ada Iman Yg Berwarna...............


"Rambut sama hitam tapi hati lain-lain" itulah pepatah orang tua-tua. "Tak tubuh tak melata, tak sungguh orang tak kata". Ya, itulah hakikatnya manusia, walaupun rambut sama hitam tetapi hati dan jiwanya terlalu berbeza.
Ada orang yang mengeluh tuala mandinya hilang. Seharian dibawanya wajah yang berkerut untuk dipamerkan kepada sesiapa sahaja yang ia temui. Ketika mengangkat takbir untuk solat, fikirannya bekerja keras cuba mengingatkan, dimana tualanya. Makanan yang dijamah hilang keenakannya dan bibirnya tidak lagi mampu mengukirkan senyuman.
Ada orang lain pula yang kehilangan seluruh anggota keluarganya. Dalam sekelip mata, kemalangan yang tidak diduga memisahkan selama-lamanya antara dia dan insan-insan yang sangat dikasihinya. Namun ia masih mampu tersenyum. "Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita" responnya seolah-olah cuba menenangkan pengunjung yang kesedihan bersimpati.
Ya, rambutnya sama hitam tetapi hatinya berbagai warna. Yang menjadikan kita terlalu berbeza ialah hati kita. Yang kuat atau yang lemah sebenarnya adalah hati kita. Manusia dengan jiwanya yang lemah melihat satu masalah kecil itu terlalu besar hingga mampu mengubah perwatakan dirinya. Ia mula hilang senyuman, sedih, kecewa dan penuh keserabutan sedangkan semalamnya ia seorang yang ceria dan nampak bahagia.
Manusia yang jiwanya kuat melihat masalah yang besar itu kecil sahaja. Ia masih mampu mengukir senyumannya, bahkan senyuman yang paling indah adalah senyuman ketika berdepan kedukaan. Hati sesiapa sahaja akan terasa kagum dan hormat pada ketenangan wajah dan senyuman yang dipamerkan ketika hidup dibebani musibah, kapayahan dan kesedihan. Senyuman ketika keseronokan adalah senyuman murahan yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Namun senyum dalam kedukaan hanya untuk jiwa-jiwa yang kuat yang memiliki hati yang hidup.
Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.
Juga hati yang sentiasa melihat diri dan kehidupan dengan rasa kehambaan lalu tunduk dan pasrah kepada Uluhiyatullah. Iaitu hati yang tunduk dan menyerah segalanya kepada kehendak dan takdir Allah. Hati yang memuji dan mengharap hanya pada Allah, mengadu kelemahan diri hanya padaNya disamping memohon kekuatan dengan penuh rasa tawakkal.
Inilah hati yang hidup. Hati yang penuh kecintaan pada Allah dan cinta pula segala yang dicintai Allah. Kehidupannya umpama sebuah novel cinta, penuh duri dan ranjau namun harapannya tidak pernah padam. Ketika perjalanan begitu membebankan, kerinduannya membuahkan kesabaran. Ketika jiwa terlalu sunyi dan pilu ia melagukan munajat kerinduan hingga ia mampu kembali tersenyum memandang kehidupan dengan harapan dan keazaman. Hatinya tidak mengenal benci melainkan kepada apa yang Allah benci.
Inilah hati yang hidup. Hati yang gementar bila disebutkan nama Allah dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah maka bertambahlah keimanannya dan kepada Allahlah jiwanya sentiasa berserah dan bertawakal.
Inilah hati para sahabat yang telah disiramkan air keimanan oleh kekasih Allah (Rasulullah SAW). Mereka sentiasa diuji dengan ujian yang begitu berat namun mereka memiliki kesabaran yang luarbiasa. Ada sahabat yang dililit dengan rantai yang panas membara hingga tubuhnya berbuih mengeluarkan lemah dan lemak itu pula yang memadamkan bara api. Ada yang terpaksa hidup kelaparan, ada yang merentasi padang pasir yang kering kontang berseorangan. Namun kita tidak mendengar mereka memanjangkan keluhan atau melagukan kesedihan. Jasad mereka menempuh kehidupan dengan penuh kepayahan dan penyiksaan tetapi hati mereka sentiasa tersenyum bahagia. Ya, mereka tidak memiliki seperti apa yang sedang kita miliki; Keamanan, kemewahan dan kesenangan tetapi mereka memiliki kebahagiaan. Dan kebanyakan kita memiliki segalanya kecuali kebahagiaan, lapang dada, ketenangan dan kesyukuran.
Jadi yang seharusnya kita idamkan hari ini bukanlah sekadar pakaian yang cantik atau rumah bak istana tetapi hati yang hidup yang penuh cinta dan rindu pada Khaliqnya kerana hati yang begini ialah hati yang benar-benar hidup. Hati yang mengalirkan kekuatan ketika hidup kita terlalu membebankan.

Sumber Text: Langit Ilahi
Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
(Surah Al-Baiyina 98: Ayat 7)